Monday, December 28, 2009
USM LIFE season 2 is start
Hari pun berlalu, Isnin 28 Disember 2009, aku bangun awal. Hahaha...maklum la semangat hari pertama semester 2. Semangat pun masih hangat lagi. Bangun awal, mandi dan terus pergi ke DK A untuk subjek 'Business Communication II'. Dr Siti Rohaida, 'my beloved lecturer' mengajar lagi. Ok la, oleh kerana hari pertama, pembelajaran pun belum lagi bermula. Oleh itu kelas pun tamat awal. Tapi, ada satu berita mengejutkan berlaku daripada kawan aku, Vinye....
Bersambung....
Saturday, September 26, 2009
Monday, September 14, 2009
8th September 2009
Sini ada satu kisah di mana saya dan kawan saya, Josephine yang berlaku pada tarikh ni. Pada tarikh 8 September,saya dan Josephine berjaya mendaftar sunjek hubungan etnik dimana beraku masalah pada tarikh ni. Masalah ni kami sedar masa minggu ke 9..sepatutnya kalau ikutkn kami kena pastikan semua subjek yang kami daftar di USM ini semasa minggu ke 3. Tapi kami bernasib baik dengan jasa baik staff di School of Managemnet,kami berjaya mendaftar juga walaupun sudah lewat. Josephine yang sebelum ni sangat risau pasal masalah ni, akhirnya ketawa gembira kerana masalah ini telah selesai. Walaupun kami dikenakan denda RM 50, kami sanggup asalkn kami tidak mengulang subjuk Hubungan Etnik ni...sangat merisaukan kami. Hahaha..kami jadikan pengalaman ni sebagai satu pengajaran laa..lepas ni check dulu apa yang kita dah daftar kn dalam kursus..supaya kejadian ni x berulang lagi dan duit kami x terbang lagi...
Written by...Hanif
Idea...Lee Li Kheng@Josephine
Saturday, August 15, 2009
Light
Malam Perasmian Konvokesyen kali ke-40 telah dirasmikan oleh Sultan Perlis. Kami 3 orang, Khai Lim, Tong Min, dan saya tidak terlibat kerana kami bertugas di bahagian lain. So apa lagi...kami berada di luar dewan budaya dan bergambar..hehe Ini la hasil gambar kami semua. Hehe....
Thursday, August 6, 2009
Life in USM
Life in USM- So free,even got so many assignment. Haha..mmg penat life in campus. Tapi sgt seronok. Ini gambar semasa I main dengan kawan-kawan di pameran. Kami main susun menara setinggi yang boleh. Kami bertanding mengikut kos. I mewakili kos perakaunan diikuti Josephine. Manakala Khai Lim dan Zhiling mewakili kos arkitek. Kami bertanding agak sengit. Selama 15 minit kami menyusun menara yang tak beberapa stabil. Tapi akhirnya kami kalah hanya beza 1 tingkat sahaja. Pasukan HBP ( housing, building and planning ) menang yang diwakili Khai Lim..
Monday, June 22, 2009
REJAB
sedar x sedar... hari ini ISNIN, 28 Jamadil Akhir... so malam ni dah masuk 1 REJAB... !!!!!!.... ya, esok da rejab... ada apa dengan rejab?
Bulan REJAB
>Merupakan bulan ke-7 bulan Qamariah
>Dari segi bahasa, bermaksud kebesaran, keagungan dan kemuliaan
>Tiga huruf ejaan rejab pula dikaitkan dengan tiga perkataan iaitu:
1. huruf 'ra' adalah 'rahmah' (sifat belas kasihan) ALLAH SWT ke atas umat Nabi Muhammad SAW agar dikurangkan jumlah sembahyang fardhu daripada 50 kali kepada 5 kali.
2. huruf 'ja' pula 'juud' yg bererti betapa pemurahnya ALLAH SWT yg telah memberikan pahala ntuk 5 kali solat setiap hari bersamaan pahala 50 kali sembahyang
3. huruf 'ba' lastly is for 'birr' meaning kebaikan dan kebajikan yg dilakukan pada bulan ini akan mendapat pahala yg besar daripada ALLAH SWT
Kelebihan Bulan Rejab
1. Malam awal rejab adalah di antara malam yang dimustajabkan doa oleh ALLAH SWT
2. Orang yang memuliakan bulan Rejab akan dimuliakan pada hari akhirat
3. Bulan Rejab adalah bulan ALLAH SWT, bulan Sya'ban adalah bulan NABI SAW, dan bulan Ramadhan adalah bulan umat Islam
4. beristighfar kpd ALLAH 70/100 times pagi dan petang, diharamkan tubuhnya daripada api neraka
5. Puasa sehari seperti mengerjakan ibadat seumur hidup dan berpuasa pada 27 Rejab seperti puasa 60 hari pahalanya. Jika disertakan dgn sedekah pula, pahalanya seperti berpuasa seribu tahun
6. Barangsiapa yg melapangkan seseorang mukmin drpd kesusahan pada bulan Rejab akan dikurniakan mahligai yg besar di dalam Syurga Firdaus
7. Sesiapa yang menghidupkan malam pertama pada bulan Rejab ntuk melakukan ibadat nescaya hatinya tidak mati ketika hati orang lain mati. ALLAH SWT melimpahkan kebaikan yg banyak dari arah kepalanya bahkan dibersihkan daripadanya dosa seupama ia dilahirkan dan dia boleh memberi syafaat kepada 70 000 orang yg berdosa yang sepatutnya dimasukkan ke dalam neraka oleh ALLAH SWT
8. Puasa sehari, dapat keredhaan ALLAH SWT.... Puasa 2 hari, dapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.... Puasa 3 hari, diselamatkan drpd bahaya dunia dan akhirat serta selamat penyakit gila dan fitnah syaitan dan dajjal.... Puasa 7 hari, ditutup pintu neraka.... Puasa 8 hari, dibuka pintu Syurga.... Puasa 10 hari, makbul permintaannya.... Puasa 15 hari, ALLAH SWT akan memadamkan dosa-dosanya yang telah lalu dan mengganti semua kejahatan dengan kebaikan.... Puasa sebulan, wajib baginya pengampunan dosa yang lalu, dipeliharakan umurnya yang berbaki oleh ALLAH SWT dan terlepas drpd dahaga pd hari akhirat
9. Bersedekah di bulan Rejab, akan dituliskan bagi setiap helaian bulu romanya 1000 kebajikan dan diangkat 1000 darjat serta dihapuskan 1000 kejahatan...
wallahua'lam
Peristiwa di bulan Rejab
1. Peristiwa Israk dan Mikraj - berlaku pada 26/27 Rejab. Dalam peristiwa inilah solat 5 waktu disyariatkan ke atas Nabi Muhammad SAW dan umat Islam, personally by ALLAH SWT himself...
2. Peristiwa Perang Tabuk a.k.a 'Ghazwatul 'Asrah'
-tentera Muslimeen sebanyak 30 000 orang tentera pejalan kaki, 10 000 tentera berkuda
-Saidina Abu Bakar menyerahkan semua hartanya (40 000 dirham)
-Saidina Umar separuh hartanya
-Saidina Uthman membiayai satu pertiga daripada keperluan tentera
Amalan di bulan Rejab
1. Berpuasa.... sabda nabi "sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah sungai yang disebut Sungai Rejab, airnya lebih putih dari susu dan lebih manis dari madu. Barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu"
2. bersedekah bagi mereka yang lemah/ tidak mampu berpuasa
3. sembahyang sunat mengiringi solat fardhu
4. sembahyang sunat dhuha, witir, tahajjud dan solat sunat tasbih
5. bertaubat, beristighfar dan berdoa kerana bulan Rejab adalah bulan pengampunan dan bulan mustajab doa. sabda nabi "bertaubatlah kamu sekalian kepada tuhanmy dan minta ampunlah dari segala dosamu dan jauhilah segala macam perbuatan maksiat di bulan Haram, iaitu bulan Rejab" digalakkan bagi org mukmin beristighfar 70/100 times at least with 'astaghfirullah al-Azim waatuubu ilaih'
6. berdoa ntuk parents
7. berdoa dgn doa Rasulallah apabila masuk bulan rejab "Allahumma baarik lana fii Rajab, wa Sya'ban wa ballighna ramadhan"
8. berzikir 'La Ilaha illa Allah' dan ' Allahu akbar' 100 kali after Subuh and Asar
9. Bertasbih 'subhana rabbial a'la' 100 kali... 'subhanallah wabihamdihi, subhanallah hilAzim' 100 kali ... 'subhanallah walhamdulillah wala ilaha illAllah wAllahu akbar, wala haula wala Quwwata illa bIllahil 'aliyyul 'azim'...
tekan butang amal dan puasa diri masing2, masuklah mode puasa dan bnykkan amalan
Credit to Anas
Saturday, June 20, 2009
HOPES
Wednesday, June 17, 2009
Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2009 Lepasan STPM & Setaraf
Ini apa yang saya perolehi daripada web asal eputra.com
Status permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi lepasan SPTM , Diploma, Matrikulasi, Asasi atau yang setaraf dengannya boleh dibuat mulai 19 Jun 2009 pukul 11.00 pagi.
Semakan keputusan permohonan ke IPTA ini boleh dibuat melalui;
- Menghubungi talian 03 8883 5848 atau 03 8883 5858
- Di laman web upu.mohe.gov.my, jpt.utm.my atau jpt.uum.edu.my
- Secara SMS dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888
Keputusan ini tidak membabitkan calon yang memohon ke USM kerana universiti itu sudah mengumumkannya pada 30 Mei lalu. Selaras dengan pelaksanaan program Apex dengan hal berkaitan pengurusan permohonan, pemprosesan, pemilihan, penawaran, hebahan dan rayuan dikendalikan oleh USM sendiri.
Mereka yang telah mengesahkan menerima tawaran USM sudah digugurkan dari pangkalan data UPU bagi mengelak pertindihan. Hanya calon yang mengemukakan permohonan melalui UPU dan gagal mendapat atau menolak tawaran ke USM akan diproses untuk dipertimbangkan dalam pemilihan kemasukan ke 19 IPTA lain
Semua calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran dari IPTA dalam tempoh tujuh hari. Pengesahan penerimaan tawaran ini boleh dibuat melalui laman web IPTA yang berkenaan.
Pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon yang berjaya dan calon juga boleh mencetak surat tawaran melalui laman web IPTA.
Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.
Keputusan rayuan akan dimaklumkan pada 10 Julai 2009. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA sehingga 31 Julai maka rayuan anda dianggap gagal.
Tuesday, June 16, 2009
BAKUMAN
Manga yang mengisahkan 2 orang remaja yang bersama-sama bersatu untuk mencapai matlamat mereka iaitu melukis manga. Saiko seorang yang mempunyai bakat melukis manakala Takagi yang merupakan watak genius yang boleh menghasilkan jalan cerita yang menarik dan kompleks. Azuki seorang wanita yang comel merupakan inspirasi Saiko untuk melukis manga. Alamilah kehebatan mereka dalam persaingan sengit dengan musuh mereka dalam dunia manga.