Search This Blog

Monday, December 28, 2009

USM LIFE season 2 is start

Pejam celik pejam celik, semester 2 pun dah bermula. Sekejap je rasanya cuti sebulan. Rasanya macam baru beberapa hari sahaja bercuti. Maklum la cuti kali ini habiskan masa dengan menonton drama korea dan mengekses internet. Hari Ahad,27 Disember 2009 aku pun pulang ke bilik ku yang dicintai di desasiswa Tekun. Tetapi, setibanya di bilik, satu perkara yang tak diduga berlaku, pintu almari aku PATAH. Sungguh geram dan bengang rasanya kat orang yang tumpang bilik aku. Dah pandai tumpang pandai la jaga barang orang. Geram geram...tapi ok la berbanding bilik kawan aku di sebelah, lagi teruk umpama baru habis pasar malam. Sampah sarap bertaburan. Begitu lah hari pertama sampai di bilik dah ada masalah yang timbul. Malam tu Chui tumpang di bilik aku, sebab dia sampai lambat dan kaunter untuk mengambil kunci telah tutup.

Hari pun berlalu, Isnin 28 Disember 2009, aku bangun awal. Hahaha...maklum la semangat hari pertama semester 2. Semangat pun masih hangat lagi. Bangun awal, mandi dan terus pergi ke DK A untuk subjek 'Business Communication II'. Dr Siti Rohaida, 'my beloved lecturer' mengajar lagi. Ok la, oleh kerana hari pertama, pembelajaran pun belum lagi bermula. Oleh itu kelas pun tamat awal. Tapi, ada satu berita mengejutkan berlaku daripada kawan aku, Vinye....
Bersambung....

No comments:

Post a Comment