Search This Blog

Monday, June 22, 2009

REJAB

sedar x sedar... hari ini ISNIN, 28 Jamadil Akhir... so malam ni dah masuk 1 REJAB... !!!!!!.... ya, esok da rejab... ada apa dengan rejab?


Bulan REJAB


>Merupakan bulan ke-7 bulan Qamariah
>Dari segi bahasa, bermaksud kebesaran, keagungan dan kemuliaan
>Tiga huruf ejaan rejab pula dikaitkan dengan tiga perkataan iaitu:
1. huruf 'ra' adalah 'rahmah' (sifat belas kasihan) ALLAH SWT ke atas umat Nabi Muhammad SAW agar dikurangkan jumlah sembahyang fardhu daripada 50 kali kepada 5 kali.
2. huruf 'ja' pula 'juud' yg bererti betapa pemurahnya ALLAH SWT yg telah memberikan pahala ntuk 5 kali solat setiap hari bersamaan pahala 50 kali sembahyang
3. huruf 'ba' lastly is for 'birr' meaning kebaikan dan kebajikan yg dilakukan pada bulan ini akan mendapat pahala yg besar daripada ALLAH SWT

Kelebihan Bulan Rejab


1. Malam awal rejab adalah di antara malam yang dimustajabkan doa oleh ALLAH SWT
2. Orang yang memuliakan bulan Rejab akan dimuliakan pada hari akhirat
3. Bulan Rejab adalah bulan ALLAH SWT, bulan Sya'ban adalah bulan NABI SAW, dan bulan Ramadhan adalah bulan umat Islam
4. beristighfar kpd ALLAH 70/100 times pagi dan petang, diharamkan tubuhnya daripada api neraka
5.
Puasa sehari seperti mengerjakan ibadat seumur hidup dan berpuasa pada 27 Rejab seperti puasa 60 hari pahalanya. Jika disertakan dgn sedekah pula, pahalanya seperti berpuasa seribu tahun
6. Barangsiapa yg melapangkan seseorang mukmin drpd kesusahan pada bulan Rejab akan dikurniakan mahligai yg besar di dalam Syurga Firdaus
7. Sesiapa yang menghidupkan malam pertama pada bulan Rejab ntuk melakukan ibadat nescaya hatinya tidak mati ketika hati orang lain mati. ALLAH SWT melimpahkan kebaikan yg banyak dari arah kepalanya bahkan dibersihkan daripadanya dosa seupama ia dilahirkan dan dia boleh memberi syafaat kepada 70 000 orang yg berdosa yang sepatutnya dimasukkan ke dalam neraka oleh ALLAH SWT
8. Puasa sehari, dapat keredhaan ALLAH SWT.... Puasa 2 hari, dapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.... Puasa 3 hari, diselamatkan drpd bahaya dunia dan akhirat serta selamat penyakit gila dan fitnah syaitan dan dajjal.... Puasa 7 hari, ditutup pintu neraka.... Puasa 8 hari, dibuka pintu Syurga.... Puasa 10 hari, makbul permintaannya.... Puasa 15 hari, ALLAH SWT akan memadamkan dosa-dosanya yang telah lalu dan mengganti semua kejahatan dengan kebaikan.... Puasa sebulan, wajib baginya pengampunan dosa yang lalu, dipeliharakan umurnya yang berbaki oleh ALLAH SWT dan terlepas drpd dahaga pd hari akhirat
9. Bersedekah di bulan Rejab, akan dituliskan bagi setiap helaian bulu romanya 1000 kebajikan dan diangkat 1000 darjat serta dihapuskan 1000 kejahatan...

wallahua'lam

Peristiwa di bulan Rejab

1. Peristiwa Israk dan Mikraj - berlaku pada 26/27 Rejab. Dalam peristiwa inilah solat 5 waktu disyariatkan ke atas Nabi Muhammad SAW dan umat Islam, personally by ALLAH SWT himself...

2. Peristiwa Perang Tabuk a.k.a 'Ghazwatul 'Asrah'
-tentera Muslimeen sebanyak 30 000 orang tentera pejalan kaki, 10 000 tentera berkuda
-Saidina Abu Bakar menyerahkan semua hartanya (40 000 dirham)
-Saidina Umar separuh hartanya
-Saidina Uthman membiayai satu pertiga daripada keperluan tentera

Amalan di bulan Rejab

1. Berpuasa.... sabda nabi "sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah sungai yang disebut Sungai Rejab, airnya lebih putih dari susu dan lebih manis dari madu. Barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu"
2. bersedekah bagi mereka yang lemah/ tidak mampu berpuasa
3.
sembahyang sunat mengiringi solat fardhu
4. sembahyang sunat dhuha, witir, tahajjud dan solat sunat tasbih
5. bertaubat, beristighfar dan berdoa kerana bulan Rejab adalah bulan pengampunan dan bulan mustajab doa. sabda nabi "bertaubatlah kamu sekalian kepada tuhanmy dan minta ampunlah dari segala dosamu dan jauhilah segala macam perbuatan maksiat di bulan Haram, iaitu bulan Rejab" digalakkan bagi org mukmin beristighfar 70/100 times at least with 'astaghfirullah al-Azim waatuubu ilaih'
6. berdoa ntuk parents
7. berdoa dgn doa Rasulallah apabila masuk bulan rejab "Allahumma baarik lana fii Rajab, wa Sya'ban wa ballighna ramadhan"
8. berzikir 'La Ilaha illa Allah' dan ' Allahu akbar' 100 kali after Subuh and Asar
9. Bertasbih 'subhana rabbial a'la' 100 kali... 'subhanallah wabihamdihi, subhanallah hilAzim' 100 kali ... 'subhanallah walhamdulillah wala ilaha illAllah wAllahu akbar, wala haula wala Quwwata illa bIllahil 'aliyyul 'azim'...

pesanan penaja
tekan butang amal dan puasa diri masing2, masuklah mode puasa dan bnykkan amalan
(beruntung kepada sahabat2 yang on the verge of their finals... mudah ntuk beramal)

Credit to Anas

No comments:

Post a Comment